Hadis 9/10 Rezeki Dari Perniagaan PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi ) Beberapa persoalan sering terlintas di pemikiran kita. (i) Mengapakah ada orang yang lahir miskin dan ada pula yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya? (ii) Benarkah bahawa seseorang yang kaya itu adalah disebabkan tuah dan orang miskin jadi miskin disebabkan takdir? (iii) Benarkah bahawa untuk menjadi kaya kita perlu belajar daripada mereka yang kaya? Kaya atau miskinnya seseorang itu, telah ditentukan Allah. Namun tidak salah untuk kita melihat, belajar dengan mencontohi kejayaan mereka yang kaya agar nasib diri kita berubah kepada yang lebih baik. Dalam Al-Quran sendiri menyebut bahawa, tidak akan diubah nasib sesuat
9/10 Rezeki Dari Sumber Perniagaan